Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint, Gotong-royong dan Tayangan Video KDB

6 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 January 2020, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas Asas Microsoft Office Powerpoint untuk para peserta di bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Microsoft Office Powerpoint dan mempelajari asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint membuat penyuntingan gambar.

Para peserta diajar untuk memuat turun gambar dan membuat suntingan gambar menggunakan Microsoft Powertpoint. Selain daripada itu, turut diadakan juga sesi gotong-royong bersama para peserta membersihkan bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan dan juga ada tayangan video KDB bagi memberi kesedaran tentang penggunaan internet dengan bijak. Kelas diadakan selama 4 jam dari pukul 12.00 tgh hari – 4.00 petang manakala gotong-royong diadakan selepas kelas tamat.. Kelas dihadiri oleh 10 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan berusia lingkungan 6 -14 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali